Wednesday, 17 July 2013

Putera Bintang vs Pemuda biasa



"Ada seorang gadis biasa yang sangat suka merenung bintang dan mengkhayalkan suatu hari nanti dapat bertemu putera bintang yang tampan. Satu hari cintanya disambut putera bintang. Putera bintang muncul di hadapannya mengajak dia ke sana.

Tanpa disedari, sebenarnya ada seorang pemuda biasa yang sudah lama jatuh hati kepada gadis ini. Dia meluahkan perasaannya dan melamar si gadis. Tapi gadis ini, kerana terlalu taksub kepada putera bintang terus menolak lamaran itu.

Si gadis dibawa putera bintang tinggal di sebuah mahligai kaca. mahligai ini terlalu cantik dan si gadis sangat terpegun. Dia berasa sangat bahagia di situ, kerana dapat bersama pemuda tercinta dan hidup dalam mahligai idaman.

Lama kelamaan si gadis berasa janggal berada di amhligai kaca. Apabila berada di situ, dia nampak siapa dirinya. Dia terasa tidak sesuai berdampingan dengan putera bintang dan tidak serasi berada di dalam mahligai kaca kerana mereka dari dunia yang berbeza.

Akhirnya si gadis kembali ke bumi. Dia bertemu pemuda biasa yang masih setia menantinya. Sekali lagi pemuda itu melamarnya. Si gadis terharu dengan keikhlasan pemuda itu. Akhirnya dia membuat keputusan. Keputusan yang terbaik bagianya. Mereka berkahwin."


kadangII kita tak nampak apa yg ada di hadapan kita.. selalu mencari yg sempurna sehingga kita xmenyedari hakikat sebenar bahawa nobody perfect. Apabila kita menoleh kebelakang, baru kita sedar bahawa org yang setia menunggu, setia bersama kita selama ini telah hilang dari kita dan baru kita  menghargai mereka.


No comments:

Post a Comment